Friday, December 3, 2010

(Punca Kekalahan 5-1 Kepada Indonesia) Semuanya Kesilapan Individu

usulan kekalahan memalukan pasukan Malaysia ke atas Indonesia pada 1 Disember lalu, senario itu nampaknya kembali melukakan hati penyokong bolasepak tanahair. Disebalik mempamerkan aksi terbaik pada sukan Sea di Guangzhou tempohari, skuad kebangsaan nampak mula gugup ketika berdepan Indonesia di stadium Gelora Bung Karno pada aksi Piala Suzuki AFF.


  • Gol Penyamaan (minit-22) – Gol sendiri, malang bola tertampan Asraruddin Putra Omar :

Gol penyamaan tuan rumah ini bolehlah dianggap malang apabila jaringan sendiri Asraruddin Putra Omar boleh dielakkan.

  • 2-1 (minit-30)

Sikap berani simpan bola Amri Yahyah tidak kena pada tempatnya :

Amri Yahyah pula cuba menyimpan bola setiap hampir di kawasan sendiri sebaliknya mudah dicuri oleh Gonzales untuk gol kedua Indonesia.

  • 3-1 (minit-52)

Benteng pertengahan gagal membaca asakan Indonesia

Benteng Malaysia mula menjadi kucar-kacir. Asakan terus Indonesia ke kawasan penalti tidak dapat dibaca bagi membolehkan Indonesia menambah gol ketiganya.

  • 4-1 (minit-80)

Asraruddin hilang fokus, kalawan bola lemah

Manakala gol ke-empat, Asraruddin yang bermain mantap pada perlawanan di Guangzhou mungkin kurang fokus sehingga terlepas bola dari kawalan sehingga membuka peluang yang tidak disia-siakan oleh tuan rumah sehingga berjaya memperoleh gol ke-empat.

  • 5-1 (minit ke-90)

Seluruh pasukan sudah goyah, dirobek gol kelima

Pada aksi ini, kelihatan pasukan sudah goyah dan corak permainan nampak kucar-kacir sehinggakan memberi peluang pada pasukan Indonesia menambah luka sediada.

Pemain-pemain negara harus menelan pahit akibat kekalahan besar 5-1 untuk menewaskan Thailand dan Laos bagi memulihkan imej yang tercalar di Gelora Bung Karno. Percaturan Jurulatih, K Rajagopal juga perlu tepat dalam memastikan kekalahan sama berulang ketika menentang Laos yang dilihat garang sehingga berjaya mengikat Thailand.

di petik dari:

http://myberita.com/piala-suzuki-aff-kekalahan-ke-atas-indonesia-kesilapan-individu.html

0 comments:

Post a Comment

My status
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More