Friday, November 27, 2009

APA ITU TRAVIAN

APA ITU TRAVIAN

Travian merupakan permainan berasaskan pelayar web Jerman yang dikembangkan oleh Travian Games GmbH yang sebahagian besar berkait dengan permainan sebelumnya yang berjudul Tribal Wars. Pada tahun 2006, permainan ini mendapat peringkat satu dalam "permainan browser-based terbaik dengan lebih dari 10,000 pemain".

PERMAINAN

Setap pemain memulakan permainan sebagai ketua sebuah kampung kecil samada puak Rom, Teuton atau Gaul. Setiap kampung hanya mempunyai dua penduduk. Kampung tersebut pada awalnya mempunyai satu bangunan utama, dikelilingi oleh ruangan pembinaan bangunan dan mempunyai 18 tapak sumber iaitu sumber: kayu, tanah liat, besi dan tanaman yang dapat dinaiktarafkan sehingga tahap tertentu (bergantung versi pelayan).

Tentera dapat ditubuhkan jika telah mempunyai berek dan titik perhimpunan. Dan juga anda dapat melatih pasukan berkuda(kavaleri) apabila anda telah memiliki kandang kuda dan telah meyelidiki pasukan tersebut. Tentera lain juga akan tersedia jika anda sudah meyelidikinya terlebih dahulu di dalam akademi.

PENGHUJUNG PERMAINAN (TAMAT)

Pelayan akan bermula kembali ketika pembangunan Keajaiban Dunia (Wonder of World) mencapai tahap 100. Keajaiban Dunia memerlukan artifak dan hanya dapat dibangun di kampung puak Natar. Setiap pemain harus menguasai kampung milik puak Natar dan harus mempertahankannya dari serangan puak Natar dan pemain-pemain lain. Natar merupakan suku yang dimainkan oleh NPC dan hanya muncul setelah 300 hari setelah server normal bermula manakala untuk server speed(3x, tiga kali ganda) hanya memerlukan 100 hari setelah server bermula.


PUAK-PUAK

PUAK ROM

Keistimewaan
  • Boleh tingkatkan atau lanjutkan bangunan dan lapangan sumber serentak.
  • Bonus pertahanan tinggi oleh tembok
  • Pedagang boleh angkut 500 unit sumber (kepantasan: 16 medn sejam)
  • Infantri sangat kuat, askar berkuda sederhana,
  • Pembangunan adalah mahal dan mengambil masa lama.
PUAK GAUL
Keistimewaan
  • Bonus kepantasan: Askar terpantas dalam permainan
  • Pagar kubu memberikan bonus pertahanan sederhana
  • Pedagang boleh angkut 750 unit sumber (halaju: 24 petak sejam)
  • Gua dua kali lebih besar
  • Jentera pengepung yang mahal
  • Peneroka paling murah
  • Senjata pengepung yang mahal
  • Peneroka yang murah
PUAK TEUTON
Keistimewaan
  • Bonus rampasan: gua musuh hanya sembunyi 2/3 dari kapasiti gua untuk Travian versi 2.5 dan 3, dan 4/5 dari kapasiti untuk versi 3.5.
  • Tembok tanah susah dimusnahkan, tetapi hanya berikan bonus pertahanan minimum
  • Pedagang boleh angkut 1000 unit sumber (kepantasan: 12 bidang sejam)
  • Sangat murah dan pasukan terlatih dengan cepat yang membolehkan mereka perampas yang hebat
  • Pertahanan lemah




0 comments:

Post a Comment

My status
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More